Ubi kentang seeloknya dimakan tanpa dibuang kulit kerana vitamin dan mineral terdapat betul-betul
di bawah kulit ubi kentang.
Jangan bimbang jika makan ubi kentang. Ada sesetengah orang tak nak makan ubi kentang kerana takut gemuk. Fakta itu tidak tepat kerana jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus dan membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah, malah dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolesterol.
Kentang Panggang
BAHAN-BAHAN
5 biji kentang panjang – belah 6 dan tidak perlu dibuang kulit
1 sudu kecil serbuk bawang putih
60 ml minyak jagung atau zaitun
50 gm mentega
Sedikit rosemary atau thyme
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ke semua ubi kentang ke dalam mangkuk.
- Kemudian gaulkan dengan serbuk bawang putih, minyak jagung dan mentega.
- Taburkan rosemary dan garam secukup rasa. Gaulkan ke semua bahan dengan sebati.
- Susun kentang ke dalam dulang pembakar dan bakar, pada suhu 200˚C selama 25 minit.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

