BN lihat keputusan Bersatu lucut keahlian enam MP, satu ADUN sebagai muslihat politik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) menganggap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melucutkan keahlian enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai muslihat politik parti berkenaan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN, semalam.

Menurut Zambry, BN bagaimanapun memantau keputusan dilakukan Bersatu itu.

“Keputusan itu jelas dilihat sebagai muslihat politik berbanding dengan keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zambry memaklumkan semua parti komponen dan Friends of BN memberi komitmen mempersiapkan semua jentera parti bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Baca artikel lain: Zambry ketuai jentera BN hadapi PRK DUN Sungai Bakap

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain itu kata beliau, mesyuarat tersebut turut memberi komitmen berterusan supaya BN membawa isu-isu rakyat yang memerlukan tindakan segera.

Zambry berkata, perkara tersebut demi memelihara kesejahteraan hidup rakyat melalui langkah-langkah praktif yang diambil bersama Kerajaan Perpaduan.

“Sempena ulang tahun Jubli Emas BN yang ke-50, Dewan Tertinggi BN bersetuju mengadakan beberapa program khas bagi memperkasa hubungan parti dengan rakyat sebelum Sambutan Jubli Emas itu yang bakal disambut pada hujung tahun ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This