Tiada sesiapa yang ingin mahligai yang dibina hancur berkecai ditengah jalan. Namun jika badai terus melanda tiada siapa pun yang dapat menahannya. Peringatan ini khusus untuk kaum lelaki terutama suami. Jika ditakdirkan anda bercerai dengan pasangan, maka jagalah empat perkara ini:
Pertama: Jatuhkanlah dengan talak satu
Keputusan untuk menceraikan isteri sebaiknya dibuat setelah melalui pertimbangan rasional dan fikiran yang waras, bukan kerana terlalu marah, atau terburu-buru. Dengan talak satu pun hasrat untuk menceraikan isteri telah berhasil, tidak perlulah hingga talak tiga sekaligus.
Bimbang nanti, setelah kemarahan reda dan emosi kembali stabil, timbul pula rindu kepada bekas isteri sedangkan dia telah diceraikan dengan talak tiga. Menyesal kemudian tiada gunanya. Malah menceraikan isteri dengan talak tiga dianggap menganiayanya juga.
Kedua: Talak isteri ketika bersih dari haid dan belum menyetubuhinya
Talak ketika isteri dalam haid atau dalam keadaan suci tetapi anda telah bersatu dengannya adalah haram. Lagipun ia akan memanjangkan tempoh idah yang terpaksa dilalui isteri.
Ketiga: Ceraikan isteri dengan sebaiknya
Sebutlah talak dengan nada suara yang baik dan tenang bukan dengan keras. Sebaiknya terangkan juga mengapa isteri terpaksa diceraikan. Dia tetap akan berasa sedih dan mungkin juga sakit hati tetapi tingkat kesedihan dan sakit hati itu adalah kurang berbanding ditalak dengan herdikan, jeritan, pukulan atau kekerasan.
Digalakkan juga menenangkan hati isteri yang ditalak itu dengan hadiah. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa seperti disingkirkan terus. Malah ini juga ajaran dari al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 236,
“Dan berikanlah (isteri-isteri yang diceraikan itu) pemberian”
Cucu Rasulullah s.a.w. iaitu Hassan bin Ali pernah meminta sahabatnya menyampaikan berita kepada dua isterinya yang mereka diceraikan. Kemudian setiap seorang wanita itu dihadiahkan 10 ribu dirham.
Keempat: Jangan aib dan bocorkan rahsia isteri
Perbuatan memburuk-burukkan isteri dan mendedahkan rahsianya setelah dia diceraikan mencerminkan kerendahan akhlak. Rahsia isteri perlu disimpan sama ada semasa masih dalam pernikahan mahupun setelah penceraian.
Islam menegah perbuatan membocorkan rahsia dan menyebarkan aib dengan ancaman yang keras. Wallahu a’lam
_________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

