73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat

Dari Penulis

TUJUH puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebaik sahaja menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.47 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai berkenaan.

Beliau berkata turut dikerah ke lokasi kejadian ialah pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang.

“Lima buah rumah musnah 100 peratus menyebabkan 73 penghuni hilang tempat tinggal manakala seorang lelaki berusia 73 tahun melecur di bahagian tangan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.09 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lautan biru bukti semangat kebersamaan di DUN Tiram cukup luar biasa – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat merasakan semangat kebersamaan cukup luar biasa dalam kalangan...

More Articles Like This