
MEMETIK kata-kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan semata-mata dengan menaikkan gaji penjawat awam. Dengan kata lain, naik gaji bukan bermakna rasuah dapat dihapus.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin pula berkata, kenaikan gaji mampu mengurangkan risikorasuah dalam kalangan penjawat awam yang beliau dakwa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Dua pandangan berbeza. Azamdalam menguatkan hujahnya menegaskan, gaji rendah dan kemiskinan bukan sebab utama berlakurasuah dalam perkhidmatan awam. Justeru beliau menggesa kerajaan berwaspada serta tidak asyik naikkan gaji.
Abdul Rahman pula mendakwa, kenaikan kos sara hidup dan desakan untuk hidup selesa menyebabkan terdapat segelintir penjawat awam mudah terpedaya dengan godaanrasuah. Kilauan wang ringgit mengabui mata.
Katanya, jika gaji naik, risiko rasuah dapat dikurang. Namun beliau akur rasuah tidak dapat dihapuskan sebabkos sara hidup kini meningkat. Dalam senario inilah pemberi rasuah sentiasa menggoda dan terdapat penjawat yang termakan umpan rasuah.
Bagi penulis, apa yang dinyatakan oleh Azam dan Abdul Rahman ada logik tersendiri. Bagi Azam, jika gaji naik pun, kaki rasuah sukarmeninggalkan tabiat tersebut. Sebaliknya bagi Abdul Rahman, kenaikan gaji mendorong penjawat awam menjauhi rasuah, mungkin termasuk yang sudah biasa dengan amalantersebut.
Namun penulis sendiri berpendapat, perlakuan rasuah tiada kaitan secara langsung dengangaji rendah yang dianggap tidak mencukupi, atau kenaikan gaji yang dilihat boleh menjadi benteng daripada rasuah.
Yang lebih utama dan penting ialah sikap penjawat awam itu sendiri. Adakah mereka kelompok yang memang terbiasa dengan rasuah? Atau adakah mereka kelompok yang tidak tunduk kepada rasuah walaupun pendapatan tidak tinggi? Atau adakah tetap bergelumang dengan rasuah walau pun gaji tinggi?
Isu gaji cukup atau tidak sangat subjetif. Sebagai contoh, ada yang menerima kadar gaji minimum sebulan tetapi baginya sudah mencukupi untuk keperluan diri dan keluarga. Pendapatan yang diterima pula adalah rezeki halal hasil bekerja.
Sebaliknya ada yang menerima gaji ribuan, belasan atau puluhan ribu ringgit merasakan masih tidak cukup. Mereka mahu lebih. Kerana kelompok yang menerima gaji tinggi biasanya adalah pemegang jawatan tinggi, lagi mudah terdedah kepada rasuah. Perasuah tahu mereka adalah di kalangan pembuat keputusan.
Kerana itu kita sering disuakan dengan berita penjawat awam seperti ketua pengarah, pengarah jabatan, ketua pegawai eksekutif, ketua agensi atau anak syarikat kerajaan, malah sehingga ketua setiausaha kementerian terlibat dengan rasuah.
Jika hendak dikira, kedudukan dan imbuhan yang mereka terima jauh lebih dtinggi daripada kaki tangan awam peringkat rendah. Kenapa masih menerima rasuah dan sanggup menerima risiko didakwa dan dedenda, hilang jawatan atau disumbat ke dalam penjara?
Inisekadar contoh bahawa sikap diri yang menjadi penentu menerima rasuah atau tidak. Sering dikatakan lagi besar jawatan dan lagi besar gaji diterima, nafsu untuk memperoleh lebih banyak imbuhan semakin tinggi.
Mereka tetap terjebak dengan rasuah walau pun upah kerja yang diperoleh sudah lebih daripada cukup untuk keperluan. Kenapa hendak lebih? Tidak lain tidak bukan kerana sifat tamak haloba. Mahu lebih mewah daripada kemewahan sudah dimiliki. Namun perlu difahami bukan semua dalam kategori ini bersikap sedemikian.
Juga perlu diingat bukan hanya mereka yang berada di peringkat tinggi terlibatrasuah. Tidak dinafikan yang di peringkat rendah pun terlibat sama. Semua kerana mahu hidup lebih mewah atau mahu kehidupan hebattetapi di luar kemampuan. Mereka sepatutnya ukur baju di badan sendiri.
Kerana itu perancangan perbelanjaan amat penting. Setiap yang dibelanjakan perlu selaras dengan pendapatan. Mesti ada sifat jujur dan ikhlas tertanam dalam diri kerana ia adalah benteng utama yang mampu mencegah daripada terlibatrasuah.
Apa yang cuba dipaparkan ialah, seperti disebut oleh Azam, gaji rendah atau kemiskinan bukan faktor utama di sebalik rasuah dalam perkhidmatan awam. Keterlibatan penjawat awam yang hidup mewah, tetapi terlibat dengan rasuah, menguatkan pandangan ini.
Sementara usaha kerajaan memberi imbuhan kepada kakitangan awam wajar dipuji, bagi penulis, tiada kajian jelas sehingga ini menunjukkan kenaikan gaji dapat membanteras gejala rasuah. Gaji naik tetapi jika rasuah sudah menjadi darah daging, sukar hendak dikikis.
Tujuan kerajaan menaikkan gaji adalah untuk memberi kelegaan kepada kaki tangan awam dalam menangani kos sara hidup yang meningkat. Harapan kerajaan imbuhan yang diberi mencukupi untuk mengurangkan tekanan hidup dan tidak sampai menjerumuskan merekake dalam kancahrasuah.
Tetapitakrif cukup’ itu berbeza bagi setiap orang. Berapa jumlah gaji yang dianggap cukup? Apapenanda arasnya? Setengah orang mungkin merasakan pada suatu jumlah tertentu sudah mencukupi. Setengahnya pula beranggapan sebaliknya.
Masakan kerajaan sepanjang masa perlu menaikkan gaji kakitangan awam dalam usaha memenuhi kritera’ cukup’ yang tidak dapat dipastikan angka sebenar. Kerajaan pun banyak komitmen lain untuk dilaksanakan, bukan hanya menaikkan gaji kakitangan awam.
Penjawat awam perlu sedar dalam keadaan apa pun setiap bulan tetap menerima gaji. Bayangkanyang tidak berpendapatan tetap, bekerja keras untuk hidup. Ada kala terpaksaikat perut. Oleh itu bersyukur dengan rezeki yang diterima. Bekerjalah dengan jujur, elakrasuah.
Walaupun ramai dihukum kerana rasuah, rasuah tetap wujud selagi ada pemberi dan penerima Oleh itu kedua-dua golongan ini mesti dibanteras. Selain jujur bekerja, pegangan agama amat penting. Hayati dan insafi bahawa memberi dan menerima rasuah adalah berdosa. Segera hentikan amalan tidak bermoral itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

