Ancaman serangan terhadap Agong, lapan ditahan disyaki terlibat Daesh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ENAM lelaki dan dua wanita telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara yang ditahan termasuk seorang pensyarah universiti tempatan yang telah bersara.

Jelas beliau, penahanan itu dilakukan anggota polis Cawangan Khas E8 (Counter Terrorism) dalam operasi yang dilakukan di Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor baru-baru ini.

Menurut Saifuddin Nasution, hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat ancaman serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan kenamaan lain termasuk pimpinan tertinggi pasukan polis.

“Siasatan kami mendapati terdapat ancaman serangan terhadap Agong, Perdana Menteri, pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa kenamaan lain.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti peranan kesemua suspek,” katanya dalam satu sidang akhbar khas hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This