Azharina disahkan hidap kanser – “Saya perlu jalani beberapa ujian untuk mendapatkan diagnosis yang tepat,”

Dari Penulis

PENYANYI Azharina Azhar,39 mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser yang memerlukan dia menjalani dua prosedur pembedahan.

Ujar Azharina, sehingga kini dia masih belum dapat berkongsi jenis kanser yang dihidapi sebelum menunggu keputusan laporan kesihaatan.

“Saya didiagnosis kanser, walaupun saya tidak begitu pasti nama saintifiknya.

“Saya perlu menjalani beberapa ujian lagi untuk mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum menjalani pembedahan.

“Saya juga akan menjalani pembedahan bariatrik tidak lama lagi. Sepatutnya minggu depan tetapi saya tunda dahulu untuk mencari duit dan membuat persembahan demi menyara anak-anak dan pekerja saya.

“Kalau semua tengok Instagram Story, saya ni pencinta makanan, doktor pun nasihatkan saya untuk buat (bariatrik),” katanya kepada URTV.

Penyanyi Elegi Sepi itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, petang tadi.

Pada masa sama, Azharina turut mengakui menghidap penyakit diabetes sejak dua tahun lalu.

Biarpun diuji dengan penyakit, namun Azharina menegaskan ia bukanlah penghalang untuk dirinya terus bangkit berkarya dan menjalani hidup dengan positif.

“Saya pergi terapi, jumpa doktor psikologi bukan sebab saya gila tetapi semua orang perlu sokongan mental. Kita perlu ingat bahawa kita berharga.

“Saya manusia biasa. Bila sakit, tentulah saya akan menangis. Biasanya, saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Saya kena tempuhi ujian ni walaupun perit dan menyakitkan. Insya-Allah, saya akan terus berjuang dan menjalani pembedahan dalam masa terdekat,” akhirinya.

Terdahulu, menerusi temu bual podcast, Azharina mendedahkan sedang menderita penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk ketika menyertai program realiti All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada 2023.

Biarpun tidak memperincikan secara lanjut, namun doktor yang merawatnya ada menasihati agar dia menjalani pembedahan dan kimoterapi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hujan bukti kuasa indie, konsert ulang tahun ke-20 raih pengiktirafan MBOR

INDUSTRI muzik tanah air melakar satu lagi detik gemilang apabila kumpulan rock indie tersohor, Hujan, secara rasmi diiktiraf oleh...

More Articles Like This