BARISAN Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan pada pilihan raya lalu tidak menghalangnya untuk terus kekal menggunakan lambang terbabit.
“PH bertanding dengan lambang mereka (PH), kita (pula bertanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama kita (tetap) jalinkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau, hari ini.
Ahmad Zahid turut menjelaskan BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi rakan kerjasamanya Pakatan Harapan (PH).
Baca artikel lain: KPDN anjur Hari Terbuka SKDS 2.0Â
“Asalkan kawasan kita (BN) bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka (PH) dan kita tidak akan bertanding di kawasan mereka (PH) bertanding,” katanya lagi.
Menjawab mengena status terkini Parti Progresif Penduduk (myPPP), Ahmad Zahid berkata, terdapat 11 parti gabungan itu termasuk MyPPP sebagai ‘friends of BN’.
Ujarnya, BN hanya mempunyai empat parti komponen terdiri UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.
“Kita samakan semua… mereka (MyPPP) sebahagian daripada Friends of BN, bukan (parti) komponen.
“Dalam Perlembagaan BN memaktubkan bahawa keputusan untuk menerima mana-mana parti mesti ‘konsensus’ 100 peratus… jika ada parti tidak bersetuju, maka kita tidak akan menerima,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

