Penurunan kadar surcaj elektrik kepada syarikat dijangka dapat turunkan harga barangan – PM

Dari Penulis

PENURUNAN kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pihak kerajaan bersetuju untuk menurunkan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dengan maksud mereka dapat membantu dalam usaha mengurangkan harga barangan.

ANWAR Ibrahim dalam lawatannya ke Pulau Pinang hari ini. – Gambar FB PMO

“Kita akan pantau adakah penurunan kadar elektrik ini akan membawa kesan penurunan harga barang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar dengan syarat utama ia tidak akan menjejaskan kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Dis ini.

Kenyataan itu memaklumkan punurunan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala pengguna komersial dan industri juga akan mengalami penurunan kadar surcaj ICPT sebanyak 1 sen/kWj, bagi tempoh sama.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di The Light Hotel, di Butterworth.

Anwar berkata mesyuarat yang berlangsung lebih kurang dua jam bermula pukul 5.50 petang itu, membincangkan isu-isu melibatkan orang Melayu dan bumiputera di Pulau Pinang, serta program yang boleh dianjurkan bagi membantu mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri Rashidi Zinol.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This