Sheikh Al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2-5 Julai

Dari Penulis

KETUA Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari, bermula Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kedatangan Ahmed Mohammed Al-Tayyib adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lawatan rasmi ini sudah tentu akan memberi makna besar kepada usaha pengukuhan perpaduan umat Islam, selain memperkukuh keakraban hubungan antara Malaysia dan Mesir.

Baca artikel lain: Cikgu Joo manfaat minggu kedua kempen perjelas manifesto

“Pada masa sama, kehadiran beliau nanti akan memantapkan usaha-usaha pembangunan Islam di Malaysia khususnya pendidikan Islam dan tahfiz,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar itu, selain pertemuan bersama perdana menteri, beberapa program membabitkan beliau telah dirancang, antaranya Lawatan serta Bicara Eksekutif MADANI di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam; Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana di sini; serta Sesi Pertemuan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia.

“JPM (Hal Ehwal Agama) amat yakin bahawa lawatan rasmi ini akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara,” katanya.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This