Aisha Retno, Black, Santesh, Fahimi antara yang memeriahkan ulang tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya

Dari Penulis

“Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia”.

Demikian merupakan tema bagi sambutan ulang tahun Ke-18 Bandaraya Petaling Jaya dan prapelancaran ‘Petaling Jaya International Folklore Festival 2025’.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Zahri bin Samingon berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Bahagia Bersama Malaysia Madani’.

“20 Jun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga bandaraya Petaling Jaya kerana pada 18 tahun yang lalu pada 20 Jun 2006, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

“Menelusuri garis masa selama 18 tahun ini, Petaling Jaya telah mengalami pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi.

“MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya,” katanya.

Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya dan Pelancaran International Folklore Festival 2025 ini telah diadakan dengan jayanya di Laman MBPJ, pada 29 Jun 2024, pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Pertandingan perarakan merupakan salah satu pengisian acara kemuncak Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

Dalam perarakan itu, sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Penduduk dan kategori terbuka yang melibatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Hampir 400 orang peserta yang menyertai perarakan dengan jumlah keseluruhan 13 penyertaan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 beserta sijil dan plak.

Acara kemuncak ini diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.

Selain itu, sebanyak 37 aktiviti dan program juga telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya.

Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat (27 Jun), Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun), dan PJ Tower Run (30 Jun). Larian Menara MBPJ setinggi 25 tingkat dengan 552 anak tangga ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas Soh Wai Ching, pelari menara nombor satu negara.

Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini juga adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.

Tambahan pula, MBPJ mensasarkan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu “Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient 2030 – PJSSR)”.

Pada 20 Jun, MBPJ telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang awam khususnya warga Petaling Jaya seperti tempat letak parking (on street parking), penggunaan kemudahan kolam renang, padang dan gelanggang sukan, 500 keahlian Perpustakaan Komuniti, 1000 anak pokok dan abate (ubat jentik-jentik).

Selain itu, MBPJ juga telah membuka kaunter bayaran, kaunter semakan dan juga pameran kepada orang ramai.

Petaling Jaya dirancang menjadi sebuah bandaraya “a next generation city yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This