Warga emas mengaku tak bersalah halang anggota MBPJ tangkap anjing liar

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas dalam satu operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lalu.

Tertuduh, Patrick Khoo Kian Wui, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa, pagi ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Patrick didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota MBPJ daripada menjalankan tugas-tugas jawatannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya sekitar jam 9 malam pada 22 Mac lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Seorang warga emas, Patrick Khoo Kian Wui, 69, didakwa atas kesalahan menghalang penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjalankan tugas ketika operasi menangkap anjing liar rabu lalu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, Rajsurian Pillai memohon jaminan minimum memandangkan Patrick bekerja sendiri dan menanggung seorang pekerjanya.

Tambahnya, Patrick turut memberikan kerjasama penuh sepanjang disiasat oleh pihak berkuasa.

Majistret Shahril kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin warganegara

Mahkamah menetapkan 16 Jun depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Baca: Isu tular tangkap anjing liar: MBPJ laksanakan operasi kerana aduan awam, kata polis

Pada 24 Mac lalu, UtusanTV melaporkan satu insiden membabitkan tertuduh bergelut dengan anggota MBPJ ketika cuba melindungi beberapa ekor anjing liar daripada ditangkap.

Kejadian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat yang mempersoalkan prosedur operasi standard MBPJ ketika melakukan operasi tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This