Meatech komited hasilkan graduan berkemahiran untuk industri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MEATECH Creative Academy konsisten dan komited dalam melatih dan melahirkan graduan yang berkemahiran yang tersedia untuk industri dan dapat diterima baik oleh industri. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahralin Abd Hamid berkata, komitmen itu telah ditunjukkan sejak penubuhan akademi tersebut dari 2009.

Katanya, Meatech sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak industri, badan-badan professional, agensi kerajaan dan persatuan-persatuan industri kreatif bagi memastikan kebolehpasaran graduan.

Menurut beliau, hal itu dapat dilihat apabila persijilan yang ditawarkan Meatech diiktiraf sekaligus membawa graduan ke peringkat yang lebih tinggi dalam Malaysia Qualification Frame Work (MQF).

“Meatech turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Kemahiaran ( JPK ) selaku agensi badan persijilan yang telah memperkenalkan kaedah persijilan kemahiran Malaysia secara PPT. 

“Melalui kaedah PPT ini telah memberi peluang kepada pekerja mahir negara untuk diberikan kelayakan persijilan. 

“Terima kasih juga kepada pihak PTPK dan juga HRDCorp selaku agensi yang telah memberi peluang dan pembiayaan kepada pekerja mahir industry kreatif malalui skim Perkasa TVET dan Program RPEL (Recognition Prior Experiential Learning),” katanya selepas Majlis Konvokesyen Meatech 2024 kali ke-6.

Mengulas mengenai majlis konvokesyen itu, Shahralin berkata, ia merupakan satu konvokesyen yang luar biasa.

Katanya, hal itu kerana graduan yang diraikan bukan sahaja dari kelompok pelajar sepenuh masa, namun turut meraikan sekumpulan graduan dari pekerja yang berpengalaman, berkemahiran dan professional di dalam bidang kerja masing-masing. 

“Mereka ini telah dinilai tahap kemahirannya, pengalaman mereka diktiraf dan seterusnya layak untuk dianugerahkan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah (Pengiktirafan Pencapaian terdahulu) PPT,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This