Ruhainies sifatkan dakwaan bertunang dengan Aliff Aziz merepek

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PELAKON Ruhainies menyangkal dakwaan bahawa akan bertunang dengan Aliff Aziz sepertimana dakwaan banyak pihak sebelum ini.

Ruhainies ketika ditemui pemberita meluahkan rasa kesal apabila banyak berita-berita yang tidak sahih disebarkan kepada umum selain menyifatkan dakwaan bertunang dengan Aliff itu sebagai merepek.

“Tak akan berlaku. Tak adalah, hal itu pun merepek. Makin lama makin merepek.

“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,” katanya.

Pelakon drama ‘Hello Mr. Perfect’ itu berkata demikian ketima ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Malah, Ruhainies turut menyangkal dakwaan orang ramai bahawa dirinya tidak sensitif apabila dilihat hadir ke Mahkamah bersama-sama Aliff dengan senyuman dan raut wajah yang ceria.

“Kami datang berasingan, cuma waktu prosiding yang sama. Kereta kami diparkir berdekatan.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini. Saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa dengan kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.

“Takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” ujarnya.

Terdahulu kedua-dua selebriti kontroversi berkenaan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan kes khalwat membabitkan mereka pada 9 Mac lalu.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This