Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan kerjasama HQC Commerce Sdn Bhd telah menganjurkan Ekspo Halal Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Kejayaan penganjuran tersebut bukan sahaja membuka lebih banyak platform kepada syarikat pemulamempamerkan produk dan perkhidmatan tetapi juga memainkan peranan penting dalam mempromosipertumbuhan dan pembangunan industri halal di Malaysia.
Pengerusi Tetap DPIM merangkap Pengerusi Cyberview Sdn Bhd, Datuk Romli Ishak berkata, sebanyak 130 pempamer dengan 240 reruai terdiri di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menyertai ekspo berkenaan.

“Ekspo kali ini bertemakan “merentasi sempadan” bersesuaian dengan persekitaran ekonomi semasa di samping memperkasa usahawan PKS supaya mengoptimumkan pencapaian perniagaan denganmelangkaui sempadan geografi yang sedia ada.
“Disamping itu, matlamat diadakan eskpo untukmendedahkan syarikat yang mengambil bahagian dalam pasaran halal yang lebih kukuh dan menggalakkan mereka mencapai tahap baharu yang lebih baik.
“Pada tahun ini juga, penganjuran mendapat sambutan baik daripada pelbagai agensi kerajaan, badan korporat dan syarikat ternama. Sokongan daripada beberapa kedutaan asing juga memberangsangkan termasuk dari Bangladesh, Somalia dan Republik Guinea, Perancis,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Datuk Khairul Shahril Hamzah memberitahu, kehadiran syarikat daripada negara luar menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap industri halal Malaysia.
“Apa yang lebih menarik, ekspo kali ini telah berjaya menampilkan pelbagai program sebagai langkah mendorong pertumbuhan perniagaan serta menyediakan khidmat sokongan kepada syarikat yang mengambil bahagian.
“Salah satu sesi, padanan perniagaan bersama pasaraya Mydin, antara pasaraya terbesar di negara ini. Mydin menawarkan peluang kepada syarikat PKS memasarkan produk ke rangkaian mereka. Turut diadakan sesi Perkongsian Keselamatan Makanan danPensijilan oleh Kementerian Kesihatan. Antaranya menyalurkan maklumat bagaimana untuk memenuhi piawaian di dalam keselamatan makanan serta memperoleh pensijilan berkaitan,” ujarnya.
Program lain yang diadakan, Kursus Kesedaran Halal kepada lebih 250 orang peserta yang bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan memperoleh pensijilan halal.
“Walaupun masih terdapat beberapa pempamer khususnya daripada kalangan perusahaan mikro yang belum memperoleh pensijilan halal, DPIM percaya masalah tersebut dapat diatasi dengan galakan dan sokongan sepanjang ekspo.
“Tahun ini juga menyaksikan jalinan kerjasama di antara Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan PersatuanHotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) untuk meningkatkan tawaran penginapan mesra Muslim di seluruh negara. Ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan sektor pelancongandan hospitaliti mesra muslim di negara ini,” katanya.

