Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan – Fahmi

Dari Penulis

ISU buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.

“Kita bukan hanya melaporkan apa berlaku, tetapi (juga akan) mengambil tindakan, terutama kalau perlu pinda akta, dan kita lihat apakah kelemahan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, di Gombak Setia, Kuala Lumpur, hari ini.

Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lepas.

Fahmi berkata masalah utama menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti identiti mereka.

“Salah satu aduan yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi daripada pihak polis adalah akaun-akaun yang terlibat dalam pelbagai aktiviti penyalahgunaan ini, berselindung di sebalik fake account, tidak dapat dikenal pasti identiti individu yang mengeluarkan komen atau terlibat dalam scam dan sebagainya,” katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This