PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak perlu menjadi juara mempertahankan kelompok penggemar loteri.
Itu nasihat Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung kenyataan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong mengenai judi yang sah di sisi undang-undang di Kedah.
Menurut Ahmad Fadhli, kenyataan dibuat Tong Keong itu juga tidak akan menambah sokongan dan tambahan undi daripada orang ramai.
“Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini. Bahkan sebenarnya bukanlah semua kawan-kawan bukan Islam sukakan aktiviti ini.
“Dalam pada kita menghormati keputusan mahkamah, kita juga harap kerajaan negeri Kedah akan mencari ruang dan peluang dalam konteks undang-undang yang ada bagi memastikan premis-premis judi dan loteri akan terus kekal ditutup,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
Terdahulu, Tong Keong dilaporkan berkata, Gerakan tidak pernah menggalakkan orang ramai untuk berjudi.
Begitupun, menurut Tong Keong, Gerakan menentang tindakan yang menekan hak untuk berjudi secara sah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

