PAS dijangka mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Sabtu ini.
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ini kerana pemimpin parti belum lagi membuat keputusan tentang siapa yang bakal bertanding.
“Kalau diikutkan Pas sudah ada nama beberapa calon tetapi tidak boleh diangkat sehingga betul-betul diketahui parti mana akan bertanding.
“Perkara itu dijangka dapat diketahui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur pada Sabtu ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Baca artikel lain: Polis Pahang beri latihan menembak kepada 130 anggotanya
Beliau berkata, Pas Kelantan perlu mengemukakan nama calon ke peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum menghantar nama tersebut kepada kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
“Selepas itu, peringkat pimpinan PN pula akan diputuskan calon bertanding dan proses itu belum bermula.
“Jika nak dikirakan, ramai yang layak jadi calon Pas, ada di peringkat ulama, kawasan atau pemuda, tetapi kami tidak boleh mendahului kepimpinan,” katanya lagi.
Media melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka memuktamadkan calon mereka minggu depan dengan lebih tiga nama dihantar kepada pucuk pimpinan parti itu untuk dinilai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

