MCMC, PDRM teliti SOP mudahkan aduan buli siber

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sinergi bersama PDRM juga akan dikukuhkan bagi memastikan inisiatif tersebut berkesan dan memberi impak kepada rakyat.

Jelas kenyataan tersebut, MCMC dan Kementerian Komunikasi juga merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di segenap lapisan rakyat.

“MCMC menyambut baik pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa kerajaan akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber.

“Pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa Kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. 

“Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan,” jelas MCMC.

Terdahulu,Fahmi dalam sidang akhbar semalam memaklumkan beliau telah memberi taklimat kepada jemaah menteri mengenai status masalah buli siber.

Menurut Fahmi, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet tiga langkah utama yang akan diambil untuk mengatasi perkara tersebut termasuk meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk kanun keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan MCMC sepanjang 2021 hingga 8 Julai 2024, kes buli siber yang paling banyak berlaku adalah di platform Facebook dengan jumlah 6,191 kes.

Manakala, platform WhatsApp pula berada di tangga kedua dengan 2,449 kes disusuli platform Instagram dengan 1,571 kes.

Bagi jenis buli siber yang dilaporkan, sebanyak 6,789 kes melibatkan gangguan serangan manakala 2,695 kes gangguan fitnah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This