HARI ini merupakan hari terakhir penganjuran Pertandingan dan Pameran Bonsai Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di AEON Big Klang, Selangor.
Penganjuran program yang sudah berusia sedekad itu dikelolakan oleh Persatuan Peminat Seni Bonsai dan Seni Batu Selangor atau lebih dikenali sebagai SABAS.
Setiausaha SABAS, Rosdi Mohamad berkata, lebih 100 orang peserta dengan 300 pokok bonsai terlihat dalam pertandingan kali ini yang sudah bermula pada 10 Julai lalu.
Jelasnya, terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu prospek dan terbuka, di mana di dalam setiap kategori dipecahkan kepada saiz S, M dan L.

Jelasnya, sambutan diterima sangat menggalakkan khususnya dalam kalangan peminat seni bonsai baharu yang dilihat sebagai sesuatu memberansangkan.
“Untuk pengetahuan pokok prospek adalah pokok bonsai yang belum 100 peratus siap, hanya sekitar 80 peratus sahaja siap, manakala terbuka pula adalah kategori pokok bonsai yang sudah 100 peratus siap.
“Kalau ikutkan program ini kita sudah mulakan sejak 2014 lagi, untuk tahun ini negeri Selangor diberi penghormatan untuk menganjurkan pertandingan ini.
“Pemenang kita akan tengok dari segi kreativiti pokok, kecantikan dan kematangan pokok sebab pokok bonsai ini kita nak tengok pokok yang sudah tua dan matang melebihi 10 tahun ke atas,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Hadir sama pada pertandingan ini adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani yang turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pada masa sama, Rosdi berkata, beliau amat gembira dengan sambutan yang diterima untuk pertandingan kali ini dan menyaksikan seni bonsai semakin mendapat hati dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah kalau ikutkan sambutan memang meningkat tinggi sebab kita pun berjaya menjadi tuan rumah World Bonsai Convention pada 2026, program ini umpama temasya sukan Olimpik bagi peminat bonsai.
“Ianya dianjurkan empat tahun sekali dan setiap negara ada peluang satu kali sahaja untuk menjadi penganjur. Ia melibatkan 101 negara seluruh dunia.
“Pada tahun 2026 kita dapat penganjuran, sebab orang nampak kemajuan bonsai di Malaysia. Ia akan dianjurkan di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

