Bantuan tunai Budi Individu disalurkan mulai Rabu ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BANTUAN tunai sebanyak RM200 bagi pemilik kenderaan diesel individu atau Budi Individu akan disalurkan mulai Rabu, 17 Julai ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Hui Ying, bantuan membabitkan peruntukan hampir RM25 juta itu akan disalurkan kepada hampir 120,000 pemilik kenderaan diesel yang telah diluluskan permohonan sebelum atau sehingga 30 Jun lalu.

Beliau berkata, kerajaan telah menyalurkan peruntukan bantuan hampir RM50 juta di bawah Budi Individu untuk dua bulan pertama pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Penerima sedia ada ini telah disemak silang dengan data terkini oleh agensi kerajaan melalui Lesen Kenderaan Motor dan cukai jalan yang kekal aktif dan menepati syarat kelayakan Budi Individu.

“Bagi mereka yang baru memohon dan diluluskan dalam bulan Julai 2024, bayaran sebanyak RM200 akan dibuat mulai 7 Ogos depan.

Baca artikel lain: 100,000 permohonan bantuan tunai Budi Madani diluluskan – Amir Hamzah

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan mereka yang layak untuk Budi Individu menerima manfaat bantuan ini dengan kadar segera supaya pelaksanaannya berkesan untuk menampung impak kos sara hidup kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada 19 Jun lalu, sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI untuk pemilik kenderaan diesel individu (Budi Individu) serta petani dan pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi) telah diluluskan.

Inisiatif BUDI MADANI yang dibuka sejak 28 Mei lepas adalah platform untuk mengagihkan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan diesel melalui kategori BUDI Individu dan kepada petani kecil dan pekebun kecil melalui kategori BUDI Agri-Komoditi.

Dianggarkan 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu manakala hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This