SEORANG penjawat awam ditahan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang tadi.
Baca : Nur Farah Kartini ditemukan tidak bernyawa di Felda Gedangsa
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat yang ditemui adalah mangsa yang dilaporkan hilang di Tanjung Malim.
“Ekoran penemuan ini, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nur Farah Kartini, 25 tahun dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

