Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan

Dari Penulis

SEBARANG keputusan berhubung perkhidmatan penerbangan ke mana-mana laluan adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa, kementerian itu berkata keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.

“(Atas dasar itu) kerajaan sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan Malaysia atau China untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari China ke mana-mana destinasi di negara ini, termasuk ke Labuan,” katanya.

Baca artikel lain: Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula esok

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka dan membenarkan penerbangan terus dari China ke Labuan dalam konteks meningkatkan ekonomi, terutama sektor pelancongan.

Mengulas selanjutnya, MOT berkata pihak Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) turut menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan kendaliannya, termasuk Lapangan Terbang Labuan melalui Program Airline X-celeration.

Insentif itu diberikan dalam bentuk rebat pendaratan, sewaan pejabat di lapangan terbang dan sokongan pemasaran.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This