SEORANG lelaki ditahan polis selepas aksinya mengacu sepucuk pistol di persimpangan lampu isyarat dekat Kuala Terengganu tular di media sosial.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/6555
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan di Jalan Sultan Mahmud dekat Kampung Ladang Sehat pada pukul 1.30 petang tadi.
“Polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwana hitam bercetak De In Israel, sehelai seluar jeans biru, jaket hitam, sebuah motosikal Honda C70 dan anak kunci serta sebiji topi keledar ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, soal siasat terhadap suspek yang beralamat di Ranau, Sabah itu mengaku terlibat di dalam kes yang disiasat.
Katanya, suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berdekatan bulatan Ladang.
Azli berkata, suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjatapi 1960.

