DUA remaja lelaki ditahan selepas aksinya menunggang motosikal gaya Superman di Kilometer 105.4, berhampiran Yong Peng tular di media sosial.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 1 minit 19 saat memaparkan aksi sekumpulan remaja berlumba sesama sendiri dengan meluruskan kaki ke belakang.
Menerusi video tular, sepasukan polis Skuad 42 Batu Pahat telah membuat pengecaman terhadap sebuah motosikal dan semakan nombor pendaftaran menerusi sistem Mcops mendapati pemilik beralamat di Ulu Tiram.
“Menerusi bantuan Skuad 42 Seri Alam telah dapat mengesan alamat dan berjumpa pemilik motosikal tersebut.
“Pemilik mengesahkan dalam rakaman tular tersebut, motosikal telah ditunggangi oleh anaknya,” kata kenyataan itu.
Hasil soal siasat anak pemilik motosikal tersebut telah berjaya mengesan suspek kedua.
Kedua-dua penunggang telah ditangkap dan motosikal yang dinaiki dirampas lalu dibawa ke BSPTD Batu Pahat untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai dinasihatkan memantau pergerakan anak-anak supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

