Bas henti-henti percuma sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Ahad ini

Dari Penulis

PERKHIDMATAN bas henti-henti secara percuma disediakan kepada pengunjung sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, Selangor pada Ahad ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi infografik yang dikongsi di Facebook berkata bas henti-henti itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park&Ride serta Parkir Rekascape, Cyberjaya dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Baca artikel lain: Pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan 2024 berjaya lahirkan peminat baharu

Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This