MASA akan menentukan sama ada kerjasama antara Pas dengan UMNO akan kembali terjalin atau tidak.
Itu reaksi Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari terhadap penafian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu terdapat perbincangan kerjasama kedua-dua parti hari ini.
Ahmad Fadhli berkata, beliau menyambut baik penafian daripada Asyraf Wajdi berhubung perkara tersebut.
Menurut Ahmad Fadhli, beliau sebenarnya tidak menyebut adanya perbincangan untuk mewujudkan kerjasama tersebut.
“Bahkan, saya bukanlah berada di peringkat pembuat keputusan penting sebegini di dalam Perikatan Nasional (PN) dan juga Pas.
“Apa yang saya nyatakan kepada wartawan hanyalah menjawab soalan. Ada bertemu ke dengan pemimpin UMNO?
“Saya kata tentulah ada, jumpa di kafe Parlimen, kenduri kahwin, terserempak di lapangan terbang dan sebagainya. Bila berjumpa, berborak, begitu saja,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, beliau telah berulang kali menyatakan pertemuan pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO bukan satu perbincangan formal.k
Oleh hal yang demikian, Ahmad Fadhli berkata, tidak sesuai untuk beliau nyatakan nama-nama pemimpin yang terlibat dalam pertemuan itu.
“Adakah wujudnya harapan untuk melihat adanya kerjasama terjalin? Saya kata tentulah.
“Saya dan ramai lagi sentiasa mengharapkan agar terjalin semula perpaduan ummah atas kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu sebagai majoriti di negara ini, merangkumi semua parti-parti berteraskan bumiputera.
“Samada ia berlaku atau tidak, masa akan menentukan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

