Albertine Leo telah dibawa pulang ke Johor, keluar hospital semalam

Dari Penulis

KANAK-KANAK perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan diculik, Sabtu lalu sebelum ditemukan selamat di Batang Kali, Selangor difahamkan telah dibawa pulang ke Johor, semalam.

Menurut laporan BH Online yang memetik sumber, Albertine Leo dipercayai telah dibenarkan keluar daripada hospital pada petang semalam.

Sebelum itu, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke sebuah hospital di Selangor untuk pemeriksaan kesihatan, pagi semalam.

Sumber tersebut memberitahu, mangsa kemudiannya dibenarkan meninggalkan hospital antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang untuk dibawa pulang ke Johor diiringi pihak polis.

“Kanak-kanak itu tiba di hospital pada pagi tadi (semalam). Antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pesakit keluar dari hospital dengan pengiring polis,” kata sumber.

Baca artikel lain: Albertine Leo ditemui dalam kawalan penculik di hotel murah di Batang Kali

Albertine disedari hilang kira-kira pukul 8.30 malam, Sabtu lalu ketika di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Selepas 48 jam kehilangannya, kanak-kanak tersebut ditemui selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, awal pagi semalam.

Sehingga kini, lima suspek ditahan berhubung kes penculikan itu dengan tangkapan pertama membabitkan dua lelaki dan seorang wanita kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin, sebelum tangkapan seorang lagi wanita pada lewat malam kelmarin.

Keempat-empat suspek awal yang ditahan berusia 28 hingga 55 tahun kini direman empat hari sehingga Jumaat ini.

Majistret Suhaili Sapun memberikan perintah reman bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This