SEORANG lelaki yang hilang sejak Ahad lalu dipercayai dibunuh apabila kenderaan terbakar dan mayatnya ditemui di kawasan semak dekat sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan.
Mayat Naufal Abdul Rashid, 35, ditemukan polis kira-kira 11 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, sepasukan polis digerakkan untuk pemeriksaan lanjut selepas laporan awal diterima berhubung penemuan sebuah pacuan empat roda terbakar di kawasan itu.
“Setiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar, namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.
Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki disyaki berkaitan laporan orang hilang pada Ahad lalu, katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, tular di media sosial kehilangan seorang lelaki yang juga anak pemilik restoran Supreme kira-kira 3 petang Ahad lalu.
Ramasamy berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

