Guan Eng jangan menyibuk tugas Menteri Pendidikan – Tuan Ibrahim

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya tidak ‘menyibuk’ tugas dan tanggungjawab dipikul Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ia susulan kenyataan bekas Menteri Kewangan itu yang mengatakan Fadhlina sepatutnya tidak berpendirian seiring dengan Pas dan Pemuda UMNO dalam isu kutipan dana pendidikan ke sekolah dengan menegaskan bahawa Fadhlina bukan ‘Menteri Pendidikan Pas’.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Guan Eng tidak perlu mengajar Menteri Pendidikan tentang cara bekerja apatah lagi Ahli Parlimen Bagan itu disifatkannya gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menyifatkan kenyataan dikeluarkan Guan Eng yang seolah-olah berupa amaran kepada Fadhlina itu sebagai tidak mengejutkan.

“DAP sememangnya sentiasa menunjukkan bahawa mereka adalah abang besar dalam Pakatan Harapan (PH).

“Segala kenyataan dan dasar yang ditetapkan DAP seolah menjadi dasar yang harus diikuti kerajaan PH-Barisan Nasional (BN).

“Malah, kenyataan ini seakan terbukti kebenarannya apabila Kabinet membuat keputusan yang senada dengan kenyataan-kenyataan DAP berhubung isu larangan institusi pendidikan menerima sumbangan daripada hasil arak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Isu sumbangan syarikat alkohol: MPM kesal sikap biadab Guan Eng

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, keputusan Kabinet bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 yang jelas melarang sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Adakah Guan Eng ingin mengajar Menteri Pendidikan bahawa mempromosikan arak di perkarangan sekolah itu adalah baik buat murid walaupun kepada murid yang bukan Islam?

“Adakah Guan Eng mahu anak-anak ini dinormalisasikan dengan arak di perkarangan sekolah? Sepatutnya Guan Eng menyokong Menteri Pendidikan yang cuba menjauhkan arak dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Sebelum ini, pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan yang diterima daripada pihak luar.

Fadhlina berkata, pihaknya mengalu-alukan pemberian sumbangan kepada institusi pendidikan namun pada masa sama, ia mesti selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Susulan itu, Guan Eng mengingatkan Fadhlina Sidek supaya tidak berpendirian seiring dengan Pas dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina selain menegaskan beliau bukan ‘Menteri Pendidikan Pas’.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam menjelaskan bahawa garis panduan sedia ada untuk kutipan dana sekolah yang termasuk larangan sebarang pameran dan promosi minuman alkohol di premis sekolah kekal.

Bagaimanapun kerajaan juga bersetuju untuk mempertimbangkan membenarkan sekolah vernakular terus menerima sumbangan melalui lembaga pentadbiran sekolah, seperti yang diamalkan sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This