Hentikan kenyataan guris perasaan rakan dalam PN – Tuan Ibrahim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakan-rakan parti dalam PN juga tidak boleh ‘menikam belakang kawan sendiri’ serta berbangga menjatuhkan rakan gabungan.

Katanya, keputusan parti-parti rakan perlu dihormati selain perlu bersedia untuk menerima teguran serta pandangan dengan ‘berlapang dada’.

“Ada pihak yang tulisannya baik dan membantu memperkukuh jemaah , itu penting bagi menjelaskan kekeliruan serta mendokong keputusan parti.

“Namun, ada juga pihak yang lebih baik berhenti menulis jika ia hanya berterusan mengelirukan ahli. Maka, tepuk dada tanya selera: di manakah posisi yang wajar kita ambil demi muafakat ini?” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Pas nafi jawatan Pengerusi PN dimansuhkan

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, semua pihak perlu menghentikan kenyataan terbuka di ruang awam yang hanya mengeruhkan keadaan.

Katanya, keutamaan mengenai mekanisme dalaman perlu menjadi alat bagi meleraikan kemelut secara berhemah.

Beliau berkata, ketika ini, ada pihak yang bertepuk tangan melihat PN bertelagah sesama sendiri.

“Mereka mengharapkan muafakat ini berakhir. Dalam keadaan begini, tidak mustahil musuh menyelinap masuk untuk menimbulkan keraguan dan pertikaian, sehingga muafakat semakin melemah.

“Kita perlu bermuhasabah, membaiki kelemahan dan kekurangan, jika benar-benar mahu PN terus diberi kepercayaan dalam PRU akan datang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This