Bagi memastikan komuniti terus bergerak seiring dengan tema ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’, City Universiti Malaysia (CityU), dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menganjurkan “Program Transformasi Komuniti”, bagi memberi fokus kepada kemahiran pembuatan pastri dalam komuniti Petaling Jaya.
Program ini dikendalikan oleh pensyarah (Chef) berpengalaman dari Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan (FOHAT) CityU dengan transformasi kemahiran melalui pembuatan Bomboloni dan Cromboloni.
Timbalan Naib Canselor CityU, Prof. Madya Dr. Rosnizah Shaari berkata kemahiran ini akan memberi nilai tambah dalam komuniti sekaligus menjadi platform pembangunan kemahiran penduduk setempat.

“Kemahiran pembuatan pastri yang berkualiti dan tentu sekali sedap dapat memberi nilai tambah kepada komuniti yang hadir dan menjadikan program ini antara pengalaman yang berharga kepada semua yang terlibat.
“City Universiti Malaysia dan pihak MBPJ sangat gembira dengan maklum balas positif melalui inisiatif ini. Program Transformasi Komuniti menjadi platform yang berharga untuk pembangunan kemahiran dan pembinaan komuniti,” kata Prof. Madya Dr. Rosnizah Shaari, Timbalan Naib Canselor.
Dalam pada itu, tambah Rosnizah, kejayaan program ini turut menjadikan City University Malaysia lebih terbuka untuk berkolaborasi bersama agensi kerajaan mahupun swatsa dalam skala yang lebih besar dan program sebegini dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan komuniti setempat.

Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk nilai kemasyarakatan, yang terjalin melalui minat bersama terhadap seni pembuatan pastri.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta atas semangat budaya kerjasama dan berharap dapat melihat lebih banyak program transformasi sebegini, untuk terus memperkasakan dan memajukan komuniti setempat,” katanya lagi.

Program ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Zahri Samingon, Datuk Bandar MBPJ.
Zahri dalam ucapannya turut menyatakan keterujaan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya baru-baru ini.
“Pada tahun ini, tema ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’ diangkat sempena sambutan ulang tahun bandaraya Petaling Jaya Ke-18. Jadi saya cukup teruja apabila program sebegini diadakan bagi merapatkan lagi ukhwah komuniti dan saya berharap kemahiran yang diperoleh ini dapat dijadikan sebagai mata pencarian buat peserta,” katanya,

