Ikonik…’Coolblog x WAWA’ perkenalkan enam perisa baharu berasaskan epal. Bawa mesej cintai diri sendiri

Dari Penulis

Jenama kosmetik popular, Wawa buat julung kalinya menjalin kolaborasi dengan Coolblog bagi memperkenalkan enam produk baharu berasaskan buah epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan.

Kerjasama yang cukup ikonik ini menggabungkan dua elemen berbeza seperti kecantikan dengan pencuci mulut, Coolblog x WAWA dan sekaligus berjaya mengangkat jenama tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Wawa, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri ‘SELF-LOVE’ dan kecantikan dari dalam ‘LOVE FROM INNER BEAUTY’.

“Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda,” katanya.

Melalui kolaborasi ini, Coolblog melancarkan enam perisa berasaskan epal iaitu Very Apple Fizz & Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt & Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie. Setiap dia pembelian produk di atas, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari enam warna menarik.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, berkongsi keterujaan akan kerjasama yang terjalin.

“Produk Apple Fantasy dan WAWA Butter Liptint direka untuk memberikan kegembiraan dan keyakinan, menjadikan setiap hari anda.

“Maklum balas daripada pelanggan sangat menggalakkan mengenai kolaborasi ini. Ramai yang teruja dengan rasa dan kualiti Apple Fantasy serta packaging eksklusif Butter Liptint dari Wawa. Kami sangat gembira dengan penerimaan yang luar biasa ini,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This