MOTIF kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Beliau berkata, buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan kepada umum bagi menggelak ia daripada mengganggu siasatan.
Baca artikel lain: Tempoh reman suspek culik Albertine Leo dilanjut enam hari lagi
“Kita melakukan siasatan secara menyeluruh. Bagaimanapun laporan perubatan yang diterima mengesahkan kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Albertine ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi 23 Julai lepas, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah dan polis telah menahan reman seorang suspek lelaki berumur 31 tahun bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

