Tempoh reman suspek culik Albertine Leo dilanjut enam hari lagi

Dari Penulis

TEMPOH reman terhadap salah seorang suspek dalam kes penculikan kanak-kanak berusia 6 tahun iaitu Albertine Leo Jia Hui dilanjutkan selama enam hari lagi.

Memetik laporan BH Online, perintah menyambung reman itu telah dibenarkan Majistret Noorfazlin Hamdan berkuat kuasa esok sehingga Ahad ini.

Lanjutan reman selama enam hari terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun itu adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Suspek lelaki itu sebelum itu tiba di mahkamah pada pukul 8.50 pagi tadi dengan berpakaian lokap berwarna ungu.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memohon sambungan reman terhadap suspek yang disyaki menculik Albertine Leo di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Johor pada 20 Julai lalu.

Baca artikel lain: Ibu bapa Albertine Leo tak kenal semua suspek

Sambungan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek lelaki tempatan yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan sebelum ini dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak berkenaan yang disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam, 20 Julai, di sebuah pusat beli-belah.

Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan empat suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur 28 hingga 55 tahun sebelum keempat-empat mereka dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali pada 4.45 pagi, 23 Julai lepas dan polis turut menahan seorang lelaki yang dijumpai bersama mangsa.

Pada 25 Julai, dilaporkan keluarga kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang ditahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This