HARAPAN untuk menyaksikan kontinjen negara merangkul pingat pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini lebur selepas beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah kepada pasangan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Pearly-Thinaah yang diberi harapan untuk membawa pulang pingat dalam perlawanan penentuan gangsa hari ini apabila gagal menguasai permainan dan ditewaskan Matsuyama-Shida dengan straight set dengan mata 11-21 dan 11-21.
Walaupun pasangan negara turun dengan rekod tidak memihak mereka apabila tumpas sembilan kali daripada 10 pertembungan sebelum ini tetapi pasangan negara berusaha memberikan saingan yang sengit tetapi kesilapan-kesilapan kecil menyebabkan mereka sering kehilangan mata.
Di set pertama, selain pukulan Pearly-Thinaah sentiasa sangkut di jaring, pukulan smash pemain negara juga tidak menjadi dan sering keluar gelanggang yang memberi mata mudah kepada pasangan lawan sehingga satu ketika mereka mendahului sehingga tujuh mata di hadapan.
Meskipun regu negara berusaha mengejar untuk merapatkan kedudukan, regu nombor empat dunia itu kekal unggul di hadapan. Matsuyama-Shida kemudiannya meraih kemenangan dengan keputusan 21-11.
Set kedua menyaksikan Pearly-Thinaah berusaha untuk bangkit merapatkan jurang mata. Malangnya, beberapa kesilapan yang dilakukan regu negara menyebabkan Matsuyama-Shida mendahului pada kedudukan 11-6.
Pearly-Thinaah terus berusaha mengejar regu Jepun itu demi mengheret perlawanan ke set penentuan. Walau bagaimanapun, Matsuyama-Shida terus mengekalkan kelebihan mereka sebelum menang dengan keputusan 21-11.
Walaupun gagal merangkul sebarang pingat, pujian harus diberikan kepada Pearly-Thinaah kerana mereka berjaya mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Olimpik,
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

