KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial sendiri yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin soal keselamatan penggunanya.
“Tahun lepas dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan US$600 juta dari Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia ini selamat?
Baca artikel lain: Fahmi beri amaran kepada META jangan ganggu siaran Himpunan Solidariti Palestin
“Saya lihat mereka tidak ada kesungguhan, jadi kita perlu kaji dan perlu lihat, tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi ada beberapa negara telah cuba … kita akan teliti dulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin, hari ini.
Fahmi berkata beliau juga telah bertemu dengan pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi yang mengemukakan cadangan itu, susulan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran berkaitan Palestin menerusi platform media sosial milik syarikat itu baru-baru ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

