Malaysia mahu bawa rakyat Palestin cedera dapatkan rawatan di sini – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA bersedia membawa rakyat Palestin khususnya wanita dan kanak-kanak yang tercedera atau sakit mendapatkan rawatan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk melaksanakan misi bantuan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya telah berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi untuk memudahcara proses tersebut termasuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut berikrar akan melakukan segala yang terdaya membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin selagi diberikan mandat menerajui negara.

“Insya-Allah, kita akan lakukan sedaya upaya kita. Kita akan menyuarakan pandangan tak kira depan siapa pun.

“Kita akan bantu (rakyat Palestin) yang sakit sama ada dirawat di sana atau dibawa ke mari (Malaysia) untuk diberi rawatan.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita akan teruskan tanpa tolak ansur. Kerajaan akan memperuntukkan dana. Saya telah bincang dengan beberapa negara. Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mengulas lanjut, Anwar turut berharap rakyat Malaysia supaya tidak pernah berhenti membantu dan bercakap mengenai isu Palestin.

“Jangan berhenti bantu dan sedekah untuk meringankan (penderitaan) rakan kita di Palestin. Saya mahu Malaysia terletak dalam peta sejarah yang negara lebih konsisten, dan sungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Kita akan teruskan usaha ini. Saya mohon maaf tak mampu bicara panjang. Insya-Allah dengan mandat yang diberikan rakyat Malaysia, saya akan lakukan sedaya-upaya yang mampu untuk membantu dan membela nasib mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyifatkan perjuangan rakyat Palestin sudah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.

“Sebab itu kita tak pedulikan pandangan Barat atau mana-mana negara yang mahu menetapkan siapa yang harus kita perjuangkan.

“Kita tetap pertahan hak Hamas sebagai pejuang dalam gerakan membebaskan Palestin di Gaza,” jelasnya.

Ribuan orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin bermula kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Himpunan dalam keadaan cuaca baik dipenuhi orang ramai yang hadir berpakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka, dimulakan dengan Pidato Pembebasan Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Turut diadakan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Peserta kemudian dipertonton tayangan video khas dari Gaza dan persembahan anak-anak Palestin yang menghibakan suasana perhimpunan.

Sebelum Perdana Menteri, Pidato Pembebasan Palestin dimulakan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Himpunan tersebut berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This