Kerusi DUN Mahkota: PN akan letak calon jika ada PRK

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan meletakkan calon jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor.

Ia susulan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain akibat pendarahan dalaman, Jumaat lalu.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, pihaknya ketika ini hanya menunggu pengumuman dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menaruh keyakinan pengundi di DUN Mahkota akan memberikan sokongan kepada PN.

“Pada masa ini, jentera PN digesa menumpukan kempen di PRK Nenggiri dan PN berkemungkinan meletakkan calon sekiranya PRK diadakan di DUN Mahkota.

“Seperti di PRK Nenggiri, kita akan terus menggunakan isu sama untuk menangani pengundi.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat, kenaikan harga diesel dan isu integriti kerajaan akan menjadi tumpuan utama kami di DUN Mahkota,” katanya.

Baca artikel lain: Speaker DUN Johor serah notis kekosongan kerusi DUN Mahkota

Kerusi DUN Mahkota kosong selepas Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari, Jumaat lalu.

Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 hingga kini dan pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor (2015-2018).

Sebelum menjadi wakil rakyat DUN Mahkota, Allahyarham merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun 2022, Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Taqiuddin Cheman; Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj yang merupakan bekas Speaker DUN Johor paling lama berkhidmat, iaitu dari 1978 hingga 1990.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This