Speaker DUN Johor serah notis kekosongan kerusi DUN Mahkota

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEKOSONGAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi ini.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Menurut Mohd Puad, notis kekosongan itu telah dihantar menerusi kiriman faks.

“Pagi ini, saya telah memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi Dewan Negeri Johor kawasan Mahkota kerana penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos 2024.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari, Jumaat lalu.

Baca artikel lain: Anwar ucap takziah kepada keluarga ADUN Mahkota

Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 hingga kini dan pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Johor (2015-2018).

Sebelum menjadi wakil rakyat DUN Mahkota, Allahyarham merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun 2022, Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Taqiuddin Cheman; Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This