Pulihara kemerdekaan, kekalkan kedaulatan negara – PM

Dari Penulis

KEMERDEKAAN negara yang telah diwariskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj harus sentiasa dipulihara bagi memastikan Malaysia terus kekal berdaulat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia juga memiliki tanggungjawab untuk memberi makna kepada nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi sejak 67 tahun lepas.

Beliau berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia MADANI yang sentiasa saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban yang diseliputi sifat ihsan selain saling membantu bagi memastikan masyarakat hidup sejahtera tanpa bersengketa.

“Malah (tanggungjawab) ini yang disebut oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan 67 tahun yang lepas, iaitu negara ini hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera dan sentosa selama-lamanya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Program Mengenang Negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: Negarawan Sejuta Jasa di Bukit Jalil, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Baca artikel lain: Penurunan hantaran: Tindakan satu bentuk diskriminasi, PMO tuntut Meta buat permohonan maaf terbuka

Hadir sama dalam program ini ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalannya K. Saraswathy dan cucu kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tunku Muinuddin Tunku Ahmad Nerang.

Anwar berkata Bapa Kemerdekaan Negara itu adalah seorang pemimpin yang murah dengan senyuman, berwawasan, berpandangan jauh, tegas dan berkeyakinan tinggi.

“Ketokohan Tunku di arena antarabangsa turut dikagumi kawan dan lawan malah telah menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham Tunku Abdul Rahman adalah insan yang bertanggungjawab menubuhkan Association of Southeast Asia (ASA) yang dianggotai oleh Malaya, Thailand dan Filipina pada tahun 1961.

“ASA kemudiannya berubah menjadi ASEAN yang kini dianggotai oleh 10 negara, sekali gus jelas membuktikan jasa dan sumbangan Tunku bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di negaranya sendiri tapi turut dikecapi oleh negara-negara serantau,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This