Tingkatkan kemahiran kerja untuk kembalikan status Harimau Asia – Fadillah

Dari Penulis

KEMAHIRAN tenaga kerja perlu ditingkatkan untuk meningkatkan daya saing negara dan mengembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir, golongan pekerja perlu mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah serta berinovasi dalam melaksanakan tugasan.

Katanya selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja, tumpuan juga perlu diberikan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Kita perlu memikirkan cara untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja kita serta mencari kaedah baru yang boleh memperincikan tugas yang dilaksanakan. Dalam setiap pekerjaan, kita harus memikirkan cara-cara baru untuk menyelesaikan masalah secara lebih berkesan.

“Kita perlu meningkatkan mutu kerja dengan pekerja yang mahir, berilmu, kreatif, dan inovatif untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah, cabaran serta sistem kerja,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), hari ini.

Baca artikel lain: Draf MoU peruntukan pembangkang siap, sedia diserah – Fadillah

Pada majlis itu, seramai 380 kakitangan IWK menerima sijil antaranya Sijil Penganugerahan Pengiktirafan Khas SKM Tahap 3, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Penganugerahan SKM Tahap 2.

Sementara itu, Pengerusi IWK, Ahmad Johnie Zawawi ketika berucap pada majlis sama berkata program Persijilan Kemahiran Malaysia yang diperkenalkan kepada kakitangan operasi IWK sejak 2019 itu membuktikan komitmen IWK dalam mengoptimumkan dan menghasilkan lebih ramai kakitangan yang berkemahiran.

“Ia selaras dengan hasrat dan sasaran kerajaan untuk mentransformasikan bidang pendidikan dan latihan teknikal ke alaf baru sesuai dengan cabaran yang memerlukan kemahiran dan kompetensi tinggi demi mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan sesebuah organisasi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This