Dessert atau pencuci mulut merupakan sajian makanan ringan seperti manisan, buah-buahan atau lain-lain yang dimakan selepas selesai jamuan atau hidangan. Sajian dessert sering dinamakan The final Course dan berasa manis.
Hidangan penutup (dessert) adalah hidangan yang disajikan setelah hidangan utama (main course) selesai dihidangkan. Sebab itu, ia disebut dengan istilah pencuci mulut. Pencuci mulut ini biasanya mempunyai rasa manis dan menyegarkan, terkadang ada yang berasa masin atau kombinasinya.
Fungsi pencuci mulut dalam giliran hidangan (courses) adalah sebagai hidangan yang menyegarkan dan rasa enak. Pada awalnya hidangan dessert yang disajikan berupa buah-buahan yang segar tanpa diproses.
Seiring dengan perkembangan zaman, hidangan dessert mulai bervariasi dengan mengambil dasar (basic) dari beberapa hidangan seperti kek, pai, ais krim, puding dan sebagainya yang dipadankan dengan sos vanila, sos buah-buahan, sirap, krim atau kombinasi antara bahan dasar, sehingga terciptanya hidangan dessert yang lazat dan menarik.
Jenis hidangan yang digunakan sebagai dessert dapat dihidangkan secara tersendiri di luar dari susunan menu, seperti untuk hidangan minum petang, snek, hantaran dan sebagainya.
JENIS-JENIS SAJIAN DESSERT
BUAH-BUAHAN
- Buah mengandung banyak air. Kebiasaannya dalam lingkungan 50 peratus air, kaya dengan sumber vitamin C dan mineral seperti oren, tembikai, betik, nanas, epal, mangga dan strawberi.
- Buah juga mengandungi gula dan menjadi sumber tenaga yang baik seperti kurma dan buah tin.
- Buah-buahan akan dihidangkan dalam bentuk segar seperti pisang, tembikai, nanas dan mangga.
- Diproses seperti buah yang dikeringkan (halwa), buah yang dimasak (compote)dan jus buah yang disejukkan ( sorbet)
PUDING - Hidangan manis yang disediakan dengan teknik rebus, kukus atau bakar.
- Bahan-bahan puding terdiri dari bahan dasar untuk kek, pai, ais krim dan lain-lain.
- Puding akan dihidangkan dalam bentuk panas dan sejuk. Puding panas iaitu puding yang dibakar seperti puding roti dan puding sejuk ialah puding yang disejukkan dahulu sebelum dihidangkan seperti puding jagung serta puding buah-buahan.
AIS BEKU/AIS KRIM - Ais beku merupakan sajian manis yang dihidangkan dalam bentuk beku seperti Mousse, Sorbet atau Granite.
- Bahan utama ais beku atau ais krim adalah puri buah-buahan, krim, telur, gula coklat dan perasa.
- Gelatin dan kastard digunakan sebagai bahan pengental dalam dessert ini.
SAVORI - Savori merupakan sajian berempah, masam, pedas dan tidak manis seperti Pai Epal, Pai Ayam dan Quiche. Ia juga dihidangkan sebagai pengganti dessert.
Chef Amer, kongsikan dessert, kali ini bukan sekadar memaniskan mulut tetapi juga dapat menyejukkan tekak. Selamat mencuba!
OREN & PIC BAVAROIS
BAHAN
200 gm buah pic dalam tin
100 gm jus oren
50 gm gula
15 gm gelatin
80 ml air
150 gm krim bukan tenusu – putar kembang
2 gm pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN

1.Kisar buah pic, jus oren dan gula sehingga sebati.

2.Taburkan gelatin ke dalam air dan cairkan secara kukusan.

3.Setelah itu, satukan campuran buah pic dan larutan gelatin.

4.Kaup balikkan krim yang telah diputar bersama pewarna kuning dengan campuran pic.

5.Tuangkan adunan ke dalam bekas atau acuan. Sejukkan selama 3 jam. Hidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

