Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara – Mohamad

Dari Penulis

MENTERI Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara.

Menurut Kementerian Luar di platform X, Mohamad dalam ucapannya semasa majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan pada malam tadi, turut menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Mohamad dan Menteri Luar Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof, merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam itu, katanya.

Baca artikel lain: Shah minta maaf kepada rakyat Malaysia, janji nak bawa ibu tunai umrah jika menang

Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.

Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This