Pengundi muda akan jadi penentu PRN Sabah – Mohamad Hasan

Dari Penulis

SOKONGAN pengundi muda yang semakin matang akan menjadi faktor penentu kemenangan seseorang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, golongan belia kini dilihat lebih terbuka serta membuat pilihan berdasarkan keperluan dan bukan lagi berasaskan kesetiaan kepada parti tertentu.

“Mereka (belia) tidak ada ketaatan pada mana-mana parti. Kalau Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN banyak kalah kerana pengundi muda tetapi dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) termasuk di Nenggiri, Mahkota, Ayer Kuning dan Pelangai, belia merupakan golongan pengundi yang banyak menyokong BN.

“Kemenangan kita majoriti besar disebabkan oleh sokongan pengundi muda,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) hari ini.

Mohamad berkata, sokongan pengundi muda menggambarkan perubahan sikap golongan itu yang mula melihat kemampuan kerajaan dalam menjamin masa depan mereka termasuk melalui pelaksanaan dasar yang memberi manfaat secara langsung.

Beliau berkata sepanjang lawatannya ke beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Putatan, Membakut dan Bongawan menunjukkan semangat jentera BN di peringkat akar umbi berada pada tahap terbaik menjelang PRN Sabah tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.

Undi18 yang berkuat kuasa pada Disember 2021 membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pengundi, sekali gus menjadikan PRN Sabah ke-17 medan ujian pertama untuk menilai corak dan kecenderungan pengundi muda dalam menentukan hala tuju politik negeri ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This