Malaysia komited bantu Palestin bangunkan ekonomi, akan tubuhkan majlis perniagaan bersama

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menyatakan komitmen untuk terus membantu Palestin membangunkan semula ekonomi negara itu yang lumpuh.

Komitmen itu dinyatakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menerima kunjungan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul dalam catatan di Facebook memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia memetai memorandum kerjasama (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.

Menurut beliau, MoU itu akan ditandatanganinya bagi pihak kerajaan bersama rakan sejawatannya dari Palestin.

Beliau turut berharap MoU yang akan ditandatangani itu meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

Baca artikel lain: “Semangat juang anak Palestin yang mengalir, maka lagu ini juga turut lahir” – Hazwani Helmi

“Kita juga akan menubuhkan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-Palestin untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Segala usaha ini mencerminkan sokongan Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kerajaan komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sahabat untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi isu Palestin,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Tengku Zafrul memaklumkan, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Palestin pada tahun 2023 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52.1 peratus iaitu sebanyak RM20.8 juta berbanding tahun 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This