Benarkah Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi pengasas Ahl Sunnah wa al-Jama’ah?

Dari Penulis

Ramai yang menyangka Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi adalah pengasas kepada Ahl Sunnah wa al-Jama’ah sedangkan hakikatnya penyandaran istilah Ahl Sunnah wa al-Jamaah terhadap Imam Abu Hassan al-Asy’ari hanyalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam mempertahankan kesinambungan akidah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat dan salafussoleh daripada segala penyelewengan dan kesesatan.

Begitu juga dengan Imam Abu Mansur al-Maturidi dan Maturidiyyah yang hampir seiring dengan kemunculan Asya’irah turut membawa manhaj yang sama. Kedua-dua tokoh dan kumpulan ini kemudiannya telah menjadi pegangan majoriti umat Islam selepas mereka sehingga apabila disebut istilah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah secara mutlak maka mereka yang dimaksudkan adalah golongan Asya’irah dan Maturidiyah.

Menurut Taj al-Din al-Subki, seluruh Ahl Sunnah wa al-Jama’ah bersepakat bahawa iktikad mereka adalah satu walaupun berbeza dari sudut pendekatan dan disiplin yang disusun. Mereka boleh dirumuskan kepada tiga kelompok utama iaitu:

Pertama: Ahl al-Hadis yang prinsip pegangan mereka adalah berteraskan dalil-dalil naqli iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’

Kedua: Ahl al-Nazar al-A’ql wa al-Sina’ah al-Fikriyyah yang terdiri daripada golongan Asya’irah pimpinan Abu Hasan al-Asy’ari dan golongan Maturidiyah pimpinan Abu Mansur al-Maturidi.

Ketiga: Ahl al-Wujdan wa al-Kasyf yang terdiri daripada golongan sufi yang pada dasarnya turut berpegang kepada prinsip kumpulan pertama dan kedua.

Al-Baghdadi ketika menjelaskan mengenai maksud hadis kumpulan yang selamat (al-Firqah al-Najiyah) mengatakan mereka adalah kelompok Ahli Sunnah wa al-Jama’ah. Ia terdiri daripda kedua-dua madrasah ahli al-Ra’y dan ahli hadis sama ada daripada kalangan fuqaha muhadissin, qurra’ dan mutakallimin yang bersepakat di atas prinsip akidah yang sama.

Keimanan mereka tidak dicemari dengan pegangan ahli bid’ah seperti golongan Khawarij, Rafidah, Qadariyyah dan keseluruhan pengikut hawa nafsu yang lain. Termasuk dalam kelompok ini adalah jumhur umat Islam yang mengikuti imam-imam mazhab feqah seperti al-Syafie, Malik, Abu Hanifah, al-Auza’i dan lain-lain.

Walaubagaimanapun mazhab Ahli Sunnah wa al-Jama’ah menjadi semakin terkenal dengan kemunculan Abu Hassan al-Asy’ari yang digelar sebagai Syeikh al-Nazar dan imam dalam ilmu perbahasan serta tahqiq.

Beliau berjaya mematahkan hujah-hujah golongan bid’ah seperti Qadariyyah, Najjariyah, Jahmiyyah, Jismiyyah, Rawafidh dan Khawarij. Karya-karya beliau bertebaran ke serata tempat dan menjadi rujukan ramai ulama selepasnya.

Di samping itu beliau dikurniakan dengan pengikut yang ramai sehingga keseluruhan ahli hadis dan ahli al-Ra’y yang tidak terpengaruh dengan Muktazilah berada di atas mazhab beliau. Wallahu a’lam

Oleh: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (E-book: Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah siapakah mereka?)

___________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This