1MDB: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat

Dari Penulis

PIHAK pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengemukakan hujah-hujah setebal 2,500 muka surat di Mahkamah Tinggi pada Isnin.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, disebabkan terlalu banyak bahan bukti yang mereka tidak dibenarkan untuk berkompromi, penghujahan terperinci adalah penting bagi menegaskan fakta-fakta mengapa mahkamah perlu menimbangkan hujah mereka secara menyeluruh.

“Ini bagi menunjukkan bahawa pertuduhan itu cacat terutama berkaitan empat pertuduhan pokok.

“Pertuduhan itu mengalami kecacatan, umpamanya dari segi kepelbagaian dan ‘duplicity’, yang membawa kepada kekaburan,” kata Muhammad Shafee sebelum memulakan penghujahannya di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Baca artikel lain: MINDEF tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin dirawat di Malaysia – Khaled

Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This