ADUN Nenggiri angkat sumpah pada sidang Oktober ini

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu akan mengangkat sumpah jawatan pada sidang DUN yang dijadualkan Oktober ini.

Perkara itu dimaklumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Menurut Mohd Amar, majlis angkat sumpah ADUN Nenggiri itu akan diadakan ketika sidang DUN sempena Belanjawan Negeri Kelantan pada akhir Oktober.

“Majlis angkat sumpah biasanya dibuat dalam persidangan akan datang pada akhir Oktober,” katanya.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ini selepas calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,091 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan simbol Pas, Mohd Razwadi Ismail.

Baca artikel lain: Kemenangan BN pada PRK Nenggiri bukti rakyat tolak politik cerca – PM Anwar

Mohd Razwadi hanya mendapat 5,739 undi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi dan Mohd Rizwadi selepas Mohd Amar mengumumkan pengosongannya pada 19 Jun lalu.

Ia selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

Ini ialah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This