HIT Kampus Weihai diiktiraf pusat ujian MUET pertama di China

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Peperiksaan Malaysia (MPM) meluluskan secara rasmi pusat Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pertama di China yang dibuka di Harbin Institute of Technology (HIT) Kampus Weihai, Shandong.

MPM dalam kenyataan memaklumkan, kelulusan itu diberikan setelah HIT Kampus Weihai melepasi tahap pemeriksaan spesifikasi pusat ujian MUET.

Katanya, pemeriksaan spesifikasi pusat ujian itu telah dilaksanakan sendiri delegasi MPM diketuai Ketua Eksekutifnya, Adnan Husin.

MPM memberitahu, surat kelulusan sebagai pusat ujian MUET telah diserahkan sendiri Adnan kepada HIT Kampus Weihai yang diwakili Timbalan Presidennya, Prof Dr Hongliang Qian.

“Dengan penyerahan surat kelulusan tersebut, HIT Kampus Weihai secara rasminya telah menjadi pusat ujian MUET di China.

“Inisiatif pembukaan pusat MUET di HIT Kampus Weihai adalah hasil kerjasama antara MPM dengan Pejabat Education malaysia Beijing (EMB) dan rakan strategik MPM di Malaysia iaitu Malaysia Edu-Cultural Association (MECA).

“Majlis penyerahan surat kelulusan ini juga turut disaksikan Pengarah EMB, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif dan Pengerusi MECA, Ayshah Hiew Abdullah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MUET yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1999 akan menjadi salah satu pilihan ujian kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat antarabangsa untuk diduduki pelajar warganegara China yang berhasrat bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Baca artikel lain: Bawa masuk guru bahasa Inggeris dari Singapura tindakan berminda kolonial – MPM

Sementara itu, Adnan dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa MPM telah mengenalpasti prospek pelaksanaan MUET di China sejak tahun 2019.

Sebagai usaha menerobos pasaran MUET di China, katanya, MPM telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan EMB dan menandatangani perjanjian persefahaman MoU dengan beberapa rakan strategik di Malaysia.

“Kejayaan pembukaan pusat ujian MUET secara rasmi di HIT Kampus Weihai hari ini merupakans atu pencapaian MPM ke arah mengembangkan lagi pemasaran MUET sebagai produk Malaysia yang bertaraf antarabangsa ke China.

“Manfaat daripada pembukaan pusat MUET di China ini juga akan memberikan kemudahan kepada pelajar warganegara China untuk menduduki ujian ini di China sebelum memulakan pengajian di Malaysia.

“Inisiatif ini juga selari dengan peningkatan jumlah pelajar China yang sedang menuntut di Malaysia dengan catatan jumlah lebih 40,000 orang pada tahun 2023,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Sallehuddin berkata, pemilihan institusi pengajian tinggi itu amat bertepatan dengan kedudukan HIT yang merupakan antara 10 universiti terbaik yang dikelaskan dalam ‘Projek 211, Projek 985 dan Projek C9 League’ oleh kerajaan China ke arah pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara itu.

Jelasnya, dari segi kedudukan geografi HIT juga mempunyai kedudukan strategik kerana wilayah Shandong mencatatkan bilangan permohonan visa pelajar tertinggi dari China yang belajar di Malaysia pada tahun 2023 iaitu hampir 3,000 permohonan.

“Majlis pada hari ini juga menjadi simbol pengukuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-50 khususnya diplomasi pendidikan antara Malaysia dan China,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This